Angkara siapa ini
yang membenam jiwa ke tanah berapi
tanpa sedar jiwa itu jiwa jihad yang shahid
di angkat Tuhan ke 7 lapis langitnya
Sampai hati kamu
menutup satu lubang yang mampu selamatkan
ratusan lagi jiwa...
penuh sudah poket disogok mereka?
Tunggu apa lagi?
persidangan demi persidangan
memorandum demi memorandum
mahu tunggu yang disebelah kamu di tembak tepat ke kepala
dan darahnya memercik muka kamu?
Hentikan salur punca yang tak pernah putus itu
selagi ada punca wangnya
selagi ada bala tenteranya
selagi ada senjata apinya
takkan mahu mereka berhenti
Apa yang kau rebutkan dari tanah yang kau kikis
sedikit demi sedikit dari dahulu lagi itu?
mahu padamkan dari peta bumi Allah ini?
dan mengharapkan orang lain isytihar kamu sebagai juara??
Kesayangan Allah juga terseksa bertahun-tahun
ini kan pula hamba di akhir zaman nya
Gaza…
korban kamu untuk buka mata dunia.
bersabarlah saudara2 di sana.
mereka itu kayu api bara neraka
tiada yang istimewa–
berbanding kamu penghuni syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment