Wednesday, December 31, 2008

Tak apa

robek kan luka yang ada
dan cucuh dengan jarum berhaba
perah sedikit air dari limau hirisan
dan taburkan secubit garam
secukup rasa

tak apa

aku kan si tabib
sapukan air suling serata
kemudian iodin tiga kali
hulurkan ethicon dengan jarum separa bulat
sedia jahit cantum luka yang ada

tak apa

Malam ini

malam ini aku menangis…
…lagi…
kerana rindu kamu
biarpun aku tahu…
hanya aku yang punya rasa ini
sedangkan kamu–
sudah tak sudi…

Monday, December 29, 2008

Masakan dia tahu

Mungkin terlupa…
Bila si buta mengharap
Yang merah itu menyala

Masakan nampak
Masakan dia tahu

Lalu merenunglah si buta ke langit
Menyangka bulan itu empat seginya
Hijau warnanya

Dan sunyilah hatinya
Bila di anjing anak2 kecil
Di baling batu bila diberitahu pada anak2 itu
Kucing itu 5kakinya

Masakan nampak
Masakan dia tahu

Mengharap ada tangan sauk lengannya
Dan beritahu dia,
Bukan semua manusia untung2
Bukan selalu langit indah direnung
Yang merah itu sebenarnya hitam
Dan bulan itu biasanya malap

Supaya dia ketahuan,
dunia ini…
banyak rintihan